Khamis, 5 Februari 2009

AKU DAN BAKUL SAMPAH...

Assalamualaikum..dah lama tak guna tajuk aku dan... selalunya begitulah. hari ini saya nak cerita sikit mengenai bakul sampah. yang semestinya bukan yang berkaitan perkara yang kotor dan menjijikkan. saya baru mendapat hidayah untuk menjahit petang tadi. hampir2 waktu maghrib dah. mula-mula saya hanya bersembang dengan parent saya...kemudian mereka syorkan untuk belajar menjahit..sebelum ni mereka pernah mengesyorkan tetapi saya hanya gelak jer.. yelah2 saya belajar menjahit. mula-mula saya kena potong kain terlebih dahulu. saya ukur bakul sampah... tinggi dan lebar. tapi apa kaitan bakul sampah dan sesi belajar menjahit. teruskan membaca. saya ingin buatkan bakul sampah baju.. hahaha. dah siap ukur dan tanda pada kain..bolehlah potong. kemudian saya mulakan dengan sesi mambakar pula. di rumah saya tiada mesin jahit untuk menjahit kemasan di tepi..selalunya mama akan hantar ke kedai terlebih dahulu..tapi ini hanya untuk saya belajar.. kena jahit kain..kena letakkan riben di kain renda...jahitkan tapak dan macam-macam lagi saya kena buat. tapi mama tolong juga. penatlah nak cerita semuanya. tapi saya berjaya menyiapkan baju untuk tong sampah kira2 2 jam jugalah. hahaha first timekan. ada yang senget. jahit terlarilah dan tak kemas. huhuhuhu. lepas ni sesiapa yang berkenan bolehlah tempah yer.

0 ulasan: