Assalamualaikum...burrrp.opps, alhamdulillah dah kenyang pun makan masa berbuka tadi. korang macam mana? jangan ikut nafsu sangat. mesti korang pelik bila dengar pasal hujan dan sedikit teruja kan. (teruja ker?) jangan salah faham hujan tu bukannya berkaitan pasal kumpulan hujan yang tengah meletup tu tetapi hujan dalam bahasa inggerisnya ialah rain. hari jumaat lepas iaitu semalam saya baru balik dari kelas fizik. gerimis sudah turun tetapi cikgu masih meneruskan pelajaran. jam sudah menunjukkan pukul 5.15. kawan-kawan dan saya sudah gelisah. kuih-muih dah panggil dan ayam golek dah melambai..hujan pun semakin lebat. nak tak nak saya, yana dan zack(zulaikha) kena bergerak ke stesen bas juga. kami berlari terkedek-kedek dengan sandal yang hampir nak putus. kitorang bercadang nak sampai cepat..tetiba...jeng-jeng-jeng ada lopak air la kat sebelah saya...besar pula tu (suspen tak)nak mengelak ada kereta. saya terkaku. yana terberhenti begitu juga dengan zack. macam mana ni??? harap-harap kereta tu mengelak..puh,puh..SPLASH! SPLASH! YA ALLAH dengan tak semena-mena saya dibasahi oleh air tu..kalah dalam scene nak buat filem saya basah. memang nak kena ni. zack cakap pemandu tu sengaja je nak langgar air tu..(memang la tak baik tuduh, tapi kalau pemandu tu sengih + senyum..apa cerita?) bengang betul..kitorang berhenti seketika dan sambung perjalanan. kami lalu je kat bazar tu tetapi tak singgah kerana hujan makin lebat dan kami tak ingin tertinggal bas. nasib baik kami tak direject oleh pemandu bas tu kerana kami basah kuyup.
p/s: lain kali kalau nampak kereta lalu bila ada lopak air, perkara perama yang patut kita buat ialah LARI DAN LARI.
PHP Web Development Beneficial For Online Business
2 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan