Sabtu, 30 Ogos 2008

AKU DAN CONGKAK

salam semua...wah dua entri sekali gus saya tulis entri hari ni....mesti korang tengah menunggu detik2 merdeka kan...
tidak seperti tahun lepas dan sebelumnya saya menyambut hari merdeka dengan pelajar asrama dengan meriahnya tetapi tahun ni....
pagi tadi (30/08/08) 3/4 dari budak asrama mengikuti larian marathon merdeka..so tinggal sikit je.. larian tu masuk Malaysia Book of Record. saya tak join dan saya buat senaman aerobik kat dewan sekolah..syok juga. nasib baik ada Dilla dan Amni yang tak pergi kalau tak mesti sy sorang2. pastu ??? apa kaitan dengan congkak?
selepas aerobik ada pertandingan badminton aspura dan aspuri...saya buat apa? main badminton ke? TAK LA!! saya biasanya jadi cheerleader je..
biro tak ramai dan kebanyakkannya main badminton so saya kena jadi urusetia pertandingan congkak...mak aiii...peserta bukannya 10 orang tetapi 28 orang...pening kepala nak handle budak ni...last sekali selepas hampir 3 jam bertarung akhirnya dapat cari pemenangnya...selepas tu saya ponteng setengah jam balik asrama. Dilla dan Amni pergi mandi tetapi saya "tutup mata" jap..hehehe
ni ada satu lagi cerita, sebelum saya balik ke rumah tadi ada anak kucing mati kat dalam dorm saya...mak kucing tu beranak dalam dorm saya dan diatas beg Ainin. seekor daripada dua ekor anak kucing tu mati dan Ainin pun angkut anak kucing tu turun ke bawah dan kami sama-sama gali kubur untuk anak kucing tu...kesian
habis berpeluh2 saya dibuatnya kemudian saya berkejar ke bandar Kuala Krau untuk naik bas...

p/s:betul ke tindakan kami tu...takut gile..seram + ngeri= lari

0 ulasan: