Sabtu, 2 Ogos 2008

AKU DAN BILIK RAWATAN

salam dan ketemu lagi....wah rajinnya hantar dua post sekali...kali ni saya ingin cerita kes yang amat memilukan ...bilik rawatan??? sakit ker??
begini ceritanya....bermula pada hari ahad lepas 27/7/008...hari tu saya baru balik dari rumah dah berlaku satu peristiwa yang amat mengeramkan saya...
sebaik saja saya letak beg balik kg dan beg plastik besar berisi buah rambutan dan manggis saya diserbu oleh cik meiow yang agak gatal...sekeliling sekolah saya melarikan diri...kawan??? mereka hanya pandang dan gelak kuat2 macam tengok cerita WAKENABEB....geramnya.

biar saya teruskan cerita mengenai bilik rawatan.....hari itu merupakan birthday Ainin....(mesti korang kenal)dia merangkap ahli geng 008, ahli sedorm 14, rakan baik dan budak 5 sains....

saya & ainin

semasa makan malam pukul 6.30 ptg, ainin ada bawa lauk ayam dan sambal tempoyak..(x minat). kami makan dengan seleranya..pastu adik angkatnya bagi lauk daging kicap dan kerabu...memang selera la. selepas balik dorm kitorang solat asar dahulu dan terus buat bulatan untuk buat pesta pula..ada banyak makanan....
senarai makanan
-jemput-jemput
-jemput-jemput kentang
-pulut
-kuah santan durian
-roti
-rambutan
-manggis
-mangga
-sambal tempoyak
-kundang

memang kitorang berpesta sungguh malam tu. setelah berkumandang azan maghrib barulah kitorang berhenti untuk solat jemaah....perut dah penuh..semasa solat tak payah nak kata la senaknya..

itu baru pesta di dalam dorm...pukul 9 malam kitorang pergi prep. (malam ahad tiada kelas) kawan saya, hasanah bawa khas mee goreng untuk sambut hari lahir ainin...(dah loya tengok makanan) selepas nyanyi lagu tu kitorang ramai-ramai serbu la...
senarai makanan
-mee goreng
-rambutan
-anggur(mak cik dewan makan kasi)
-kuih donat

memang dah tak tahan dah ni...sebelum pergi prep tadi saya dah minum air garam untuk selaraskan makanan tadi...
habis prep kitorang ada supper pula..makan roti kaya dan sambal bilis...
kitorang tak ambil pun makanan tu hanya minum air susu sahaja.

keesokan harinya, selepas solat subuh saya tak boleh tahan .....perut memulas, pening-pening kepala...nasuha lagi kronik dia asyik nak muntah je..keluar masuk tandas. selepas berbincang dengan nasuha kami bercadang untuk check in bilik rawatan..dengan berbekalkan selimut kami pergi check in dengan muka penuh poyonya..
aaah malunya biro kebajikan pun check in ..
mula-mula kami berdua, selepas tu ada adik masuk sebab sakit perut juga dan seorang lagi demam..
setelah setengah jam, ainin dan tuya(adik angkat ainin & asst. kebajikan) masuk bawa seorang pesakit..amni(ex dorm tahun lepas dam member satu geng)sakit perut, dia lagi kronik..
sampai sini sahaja cerita saya....pengajaran ye jangan la makan sesuka hati..ok la take care semua...

1 ulasan:

Zaharuddin bin Abdullah berkata...

tapi kalao dah sambal tempoyak tuhh

atau gulai tempoyak

hantam ajerrr

dik word veri tu buanglah