Sabtu, 5 Julai 2008

SELAMAT TINGGAL SIR...


(saya dan kak ain beserta perfume The Body Shop)


(dari kiri mastura, nasuha, ning dan sir )
Assalamualaikum....semua buat pengunjung yang setia melawat castle hijau ini...
entri ini saya ingin menceritakan satu cerita sedih buat warga SMK KUALA KRAU...
hal ini berikutan Sir Azmi merupakan cikgu EST (english for science and technology) saya telah bertukar dan hari terakhir beliau merupakan hari isnin yang lepas (30 jun yg lalu)....saya dapat tahu berita ini pun hari ahad selepas balik ke hostel..
saya ada banyak kenangan dengan sir dan sir banyak membantu saya bukan setakat dalam subjek EST tetapi hari tu sir tolong saya buat teks untuk public speaking, sir juga tolong ajar saya untuk berdepan dengan penonton, sir juga yang sering memberi motivasi...dan yang paling indah sekali sir bawa saya, Nasuha,Mastura dan Ning pergi ke peta buku kat PWTC dan sir juga telah menemukan saya dengan Kak Ain dan saya dapat menerima hadiah hand to hand dari Kak Ain...(seronoknya)

Sir ada datang masuk ke kelas saya untuk memberi kata-kata terakhir kepada anak muridnya...sir bertanya kepada kami apa yang hendak kita lakukan dan tak semena-mena Hamyrudin(amy) menyuruh sir menyanyi..."sir, singing"....
Ok lah untuk tidak menghampakan permintaan awak semua hari ini sir akan menyanyi...untuk pengetahuan korang semua semasa kami tingkatan 4 sir selalu mengajar kami lagu-lagu inggeris...tapi tak tahu tajuknya yang saya ingat lagu holiday...(insyaallah kalo ada masa nanti saya masukkan lirik lagunya)
korang nak tahu tak lirik lagu yang sir nyanyi...
ini merupakan lagu hindustan kemudian ditukar kepada bahasa melayu...lagu ini dinyanyikan oleh DJ DEFF..

wahai murid mesraku
janganlah kau sedih
maafkanlah
maafkanlah
usah kau sedih dan pilu
lupakanlah apa yang telah berlalu
maafkanlah
maafkanlah
dengar murid
dengar pesanan guru
rajinlah baca buku
jangan termenung lagi
jaga dirimu...

ada juga segelintir pelajar perempuan yang bergenang air matanya..pelajar lelaki pula hanya diam membisu seolah-olah menggali lirik lagu itu...
sampai sini sajalah entri kali ini...semoga sir berjaya di sekolah barunya dan dapat mencapai matlamatnya untuk memajukan anak muridnya...good luck


p/s:saya tak pandai nak edit gambar ni...

0 ulasan: