Sabtu, 26 Julai 2008

AKU, BEAKER DAN MEASURING CYLINDER

Assalamualaikum apa khabar semua? saya harap sihat la hendaknya macam saya ni yang semakin hari semakin tembam....apa cerita terbaru saya ye??? mesti ade kaitan dengan tajuk di atas... wah tajuk saya semakin hari semakin gempak la (perasan)...
sebelum tu biar saya cerita kan apa yang telah berlaku pada hari ini pada korang semua..hari ini(26/7) saya sekolah ganti ...huhuhu hari sabtu pun sekolah tapi tak apa la...pagi-pagi kitorang ada buat senamam aerobik yang mana di pandu oleh orang dari pegawai kesihatan ...kitorang buat la kat tapak perhimpunan tu..ye la sekolah hari cuti ni memang sikit je yang datang...tapi kelas saya penuh ..ye la dah senior kena tunjukkan attitude yang positif...memang kelakar bila senaman tu..cikgu pun join sekali..
pada pukul 7.30 kitorang start dan habis pada pukul 8.30 pagi..lepas tu kitorang balik ke kelas masing-masing. cikgu pesan salin baju sekolah selepas rehat tetapi baju sekolah pun kitorang tak bawa...(padahal memang plan pon)selepas berehat dan kelas bahasa melayu cikgu tiada kitorang duduk -duduk sambil layan kerepek pisang yang ditaja oleh cik ruziana (yana azodin)..ermmm bestnya kerepek tu..saya tambah satu lagi rahsia pasal kelas saya ye...5 science. kelas saya memang ada bakal-bakal usahawan yang berjaya...cik zaiton selaku tauke kerepek pisang akan menyediakan stok untuk ahli kelas kitorang....(kaya tak lama lagi) apa yang membuatkan kerepeknya laku daan laris di pasaran ialah isi kandungannya amat la banyak dan yang penting murah...saya ulangi lagi sekali murah hanya RM1...
okla mesti korang tak sabar-sabar nak tau apa citer saya dengan apparatus di atas kan??? biar saya terangkan....hari ini ada experiment biologi(bio)...partama sekali betapa terseksanya kitorang kerana tak boleh minum air...dah la penat bersenam tetapi tak boleh nak minum air tapi makan boleh..
experiment ni mengenai air kencing(urine)..kadar penggunaan air di dalam tubuh badan kita...saya rasa tak perlulah saya buat laporan penuh hanya untuk pengetahuan korang saja ye...
mula -mula kitorang kena buang air kecil terlebih dahulu...satu kelas saya buat rombongan ke bilik selesa...(perempuan sama perempuan ye) ada tandas kat blok saya tu tapi kitorang tak nak guna so...kitorang pergila tandas di blok lain..(kan best kalau tandas sekolah saya macam tandas yang dikendelikan oleh kumpulan The Wannababes dalam cerita Aku Mahu Saiz S (kalo tak silap) kemudian kitorang dibahagikan kepada 5 group...group saya minum 100ml air dan yang lain 200ml, 300ml,400ml dan 500ml seorang..kaum perempuan yang uzur tak dibenarkan buat...kitorang pun minum dan tunggu selama 30 minit...sementara tu kitorang buat peka..selepas 30 minit semua orang pergi ke bilik selesa sambil membawa beaker dam measuring cylinder (mesti korang tau apa yang kitorang nak buat dgn bende tu kan?)kitorang kena buang air di dalam beaker pastu ukur menggunakan measuring cylinder...gamat + kecoh =gacoh bilik selesa tu di serbu oleh kitorang...apa yang kelakarnya ialah ...kitorang mesti lalu di depan kantin sekolah dan semua orang pelik tengok kitorang bawa apparatus tu(kitorang tak seludup ye barang tu)
inilah experiment yang paling tut tut sikit selain experiment yang terpaksa belah jantung ayam tu (ada di entri sebelum ni) okla sampai sini saja ni pun dah panjang dah...

salam sains
princess frogy

p/s:saya harap korang tertarik untuk ambil aliran sains. study elok-elok

0 ulasan: