Alhamdulillah..akhirnya cik frogy selamat sampai juga ke rumah sewa yang bakal dicintai ini... hehe
ni cik frogy ada cerita yang nak dikongsikan.. malang sungguh nasib cik frogy sejak 2-3 hari ini.. semangat nak pergi ke kelas...tapi kelas batal pula.. sabar jela.. hari khamis lepas, cik frogy berehat di masjid dalam kampus mahu menunggu kelas pukul 3 petang dari pukul 12 tengah hari..tup tup... kelas tiada.. kawan cik frogy lupa nak meseg.. dia pon lupa juga nak meseg geng yang sekali menunggu dengan cik frogy.. gara-gara tiada kelas, kami pun menunggu la di tempat bas.. bas lambat lagi nak sampai... bacalah notis2.. kemudian cik frogy nampak satu notis ni.. ada gambar zamarul hisyam (ala pelakon tue...)
cf: hari raya bersama dengan zamarul hisyam... sape dia tu nak beraya2 plak dgn dia...(okie..ni ayat blagak..hahaha...)
kawan 1: eh ni rumah terbuka bsama anak yatim la...kat penang ni
kawan 2: kat penang ke? tak pernah gi jalan2 kat penang..
kawan 1: jom2 kita gi penang... call orang yg handle tu
cf: sungguh kew?? siyes ke nak gi wei..
kawan 1 n 2: siyes la..
alkisahnya.. jadi la kitorang nak pergi hari sabtu ni ke penang..
pagi tadi semangat la bangun pagi pergi ke kampus.. dalam pukul 7.20 am kitorang da naik bas.. dalam bas tu ada kami bertiga jew.. wah, macam vvip da ni
lama jugalah menunggu.. katanya pukul 8.. ni dah pukul 9 masih belum muncul lagi..gara-gara masalah kereta sewa... tup tup akhirnya pukul 10 juga lah baru nak bertolak ke penang..
sepanjang perjalanan tu, hanya Allah yang tahu.. takut yela kami kat belakang ni... budak yang drive tu bawak 130 km/h.. main lintas2 lori besar.. kereta uzur ye lagi... mati di beberapa traffic light... sesat la.. kena u-turn la.. geng yang lain sesat la... bla bla bla....
akhirnya sampai juga di dewan tu walaupun dah lewat. tengok2, macam biasa jew.. kenapa makan kat luar jew.. mana yer vvip...
anak-anak yatim pun tak sampai 20 orang...
kemudian cik frogy ambil pemplat dan bagi kat kawan.. tetiba dia terkejut..
pelancaran produk **** serta jamuan raya...
aik.... musykil.. bila pula ada pelancaran produk ni.. lepas da siap makan...kena masuk dewan..
rupa-rupanya ada ceramah...
aik....... untuk kali kedua
rupa-rupanya ceramah MLM..
adoi terkena..terkena...
zamarul hisyam pula adalah dutanya... adoi2x..
tipah tertipu lagi.........
kami da malas da nak layan semua benda ni.. dengar jela.. hati nak balik jew..
kemudian sesi ceramah bersama zamarul hisyam dan juga sesi bergambar.. waktu bergambar tu, kami dah malas nak layan da.. sakit hati sangat....
kami pun keluar, konon-konon nak pergi tandas.. dekat tandas mula la masing2 lepaskan geram.. ini la..itu la...
argh panjang yer nak tulis lagi..tapi biarlah............... kalau rasa nak sambung..cik frogy sambung la.. penat la menahan mata dlam kereta tadi.. lagi pun baru sampai pukul 8.40 pm tadi..
to zamarul hisyam...
kami tak marah anda.. anda ok jew.. minta maafla..tadi sy ada niat nak sengkang kaki awak bila awak lalu depan saya... hahaha.... (bukan awak jew, semua yang lalu depan saya... hehe)
p/s: ni adalah post merepek...hahahahaha... ketika masih ada lagi saki baki bengang dan juga sakit hati...
0 ulasan:
Catat Ulasan