Ahad, 2 Ogos 2009

TA..TA... tata

yey! Cik frogy again.. haha. Ni merupakan entry sebelum nak berlepas.. ceh bajet macam nak gi jauh je kan.. padahal dekat je.. malas cik frogy nak ulang banyak kali pasal tempat cik frogy belajar tu.. korang bacalah entry yg sebelum ni ok.. nanti orang kata promote la plak.. haha. Cepat jekan waktu berlalu.. sayang yer nak tinggalkan umah.. tapi umah tak sayang nak menghalau cik frogy keluar.. hampeh betoi.. hehehe

korang sanggup x nak cik frogy tinggalkan frogyland ni ( hah cepat tinggalkan komen anda) muahahaha bajet ade je.. padahal semua bersorak yepppiiii!!!

Lepas ni kenalah berjemur balik bawah sinaran mentari yg terik setelah seminggu terperap dalam umah ni.. pssst.. nak tau x? tangan cik frogy dah berbelang dah.. huhu

Xsuka! X suka! Tapi terpaksalah kan.. nak buat macam mana..

Xpe.. bak kata Oppa Rrain ‘hitam itu menawan’ hahaha

Adoi cik frogy terkilan la.. xdapat nak chat ngan korang.. juz sempat singgah je blog korang.. nak tinggalkan komen pun xberapa nak sempat.. sian kan.. sobs sobs sobs

Argh sudahla nak berlakon cik frogy.. penatla baca entry yg penuh emosi ni.. betoi x?

Ni nak cakap skit ni? Sebelum balik aritu.. senior dah cakap.. kemungkinan lepas ni cik frogy xboleh balik da sehinggalah cuti raya.. huhuhu. Yelah lepas ni busy nak menanam sayur plak.. dah la batas pun tak buat lagi.. asyik mencaput rumput dan semalu jer.. itu dipanggil clearing @ weeding.

Tapi xpe.. akan cik frogy mencari ikhtiar… nak balik! Nak balik! Tapi setiap minggu cik frogy akan lawat frogyland ni InsyaAllah.. hari khamis ada kelas amali cs dlm comp lab.. so boleh la cik frogy terjah frogyland jap.. hahaha. KANTOI!!!

Xpe.. puan xmarah kan.. hehehe.

Eh korang.. cik frogy tetiba dapat idea macam mana nak minta balik.. ni ada beberapa idea cerdik , bernas dan original serta yang kembali hot n spicy.. hehe

- bagi alasan baju raya tak tempah lagi.. so kena balik ambik ukuran

- cakap la kambing kat belakang umah kena penyakit rindu nak jumpe cik frogy

- katak2 seantero kg buat mogok suh princess yer pulang..

- homesick yg melampau sehinggakan boleh disyaki menghidap penyakit sasau

- buat2 xselera nak makan dan lemah kerana x dapat merasa masakan mama

ok x idea cik frogy? Setakat ni jela yg berlegar2 dalam kepala otak cik frogy. Idea lain masih main nyorok2 lagi dengan cik frogy… so korang bagilah pendapat plak.. mana tau boleh dipraktikkan.. hahaha @_@

dah2 merepek yer cik frogy.. tujuan sebenar cik frogy gi cc ni nak buat projek last minute report agr.. hehe. So alang2 kan edit la frogyland ni.. ni cik frogy dah taip awal2 malam tadi sebelom gi cc… excited x cik frogy?? Biasalah orang dah kemaruk nak blogging kan.

Erm dah tau belum ape tu ‘naphaleum lappaseum’ kat dalam entry sebelum ni?? Hah tau dah? Kalo dah tau tu bagus la..

Kalo yg xtau tu pun bagus gak.. xdela cik frogy malu.. sekurang2 yer dapat bagi information kan.. jawapannya… buah bulu2… hehe buah rambutan la..

Ok3.. sudah tau kan.. sila enjoy makan ‘naphaleum lappaseum’ ye..

Sudah panjang berjela-jela dah ni.. kalah essei utk SPM.. wasalam. Miz me ya…

3 ulasan:

Meooo Comicore Club berkata...

kantoi siot!

c-idah berkata...

ukur baju eh jgn xukur..heee

princessfrogy berkata...

mr meo: rilex r bro.. hehe

sis c-dah: hehe.. tula..