Pages

Isnin, 10 Disember 2012

durian crepe arau

DURIAN CREPE UNTUK DIJUAL!!! 
Assalamualaikum dan Salam Semua,
kami menjual Durian Crepe yang sangat famous pada masa sekarang. .penyediaan bahan tidak perlu diragui kerana menggunakan 100% bahan yang halal dalam pasaran.

Bahan2 Utama : Isi Durian, Krim Whipping, Santan/Susu UHT

HARGA :
5 unit hanya RM12.00

CARA PENGHANTARAN
- ambil sendiri @ Delivery (area arau sahaja- Pos tidak disediakan kerana ditakuti krim tersebut sekiranya melebihi 12 jam akan cair)

CARA BAYARAN :
- By Hand

HUBUNGI SITI:
- SMS OR CALL: 017-9208367
-FB: https://www.facebook.com/pages/Durian-crepe-Arau/282872668483168?fref=ts 

Sabtu, 12 November 2011

D' ARKED LAKSA JERTEH

JEMPUTLAH RAMAI2 DATANG KE ARKED MARA JERTEH, TERENGGANU BAGI MERASA KEENAKAN MEE KARI (PALING DISYORKAN), LAKSA, LAKSAM DAN JUGA MEE REBUS.
HARGA YANG BERPATUTAN.....

Ahad, 23 Oktober 2011

jom belajar mandarin

perbualan antara prince frog dengan cik frogy

pf: ni hao ma? apa khabar?

cf: wo hen hao, xiexie. Ni ne? saya sangat baik, terima kasih. awak pula?

pf: wo yen hen hao. saya juga sangat baik

cf: ni mang ma? adakah awak sibuk?

pf: hai hao, bu mang bolehlah, tidak sibuk

cf: ni jiao shenme mingzi? siapa nama awak?

pf: wo jiao prince frog. Ni ne? nama saya prince frog. awak pula?

cf: wo jiao cik frogy nama saya cik frogy


0= ling
1= yi
2=er
3=san
4=si
5=wu
6=liu
7=qi
8=ba
9=jiu
10=shi

p/s: gara2 esok ada listening test.. wish me luck...




Isnin, 26 September 2011

beban..

Seorang pensyarah mengangkat segelas air dan bertanya kepada pelajarnya...
“Anda semua teka berapa berat segelas air?”
Mahasiswa menjawab, mereka meneka dari 5 liter sampai 200 liter.
” Sebenarnya, jawapan anda ada yang betul tapi apa yang hendak saya sampaikan hari ni ialah bukan masalah berat kandungannya, tapi bergantung berapa lama anda memegangnya.
Jika saya memegangnya selama 1 minit, tidak ada masalah.
Jika saya memegangnya selama 1 jam, lengan kanan saya akan sakit.
Dan jika saya memegangnya selama 1 hari penuh, mungkin anda harus memanggilkan ambulans untuk saya.
Beratnya sebenarnya sama, tapi semakin lama saya memegangnya, maka bebannya akan semakin berat”.
“Jika kita membawa beban kita secara berterusan, lambat laun kita tidak akan mampu membawanya lagi.
Beban itu akan meningkat beratnya”.
“Apa yang harus kita lakukan adalah meletakkan gelas tersebut, rehat sekejap sebelum mengangkatnya lagi”. Kita harus meninggalkan beban kita secara berkala, agar kita dapat lebih segar dan mampu membawanya lagi.
Jadi sebelum pulang ke rumah dari pekerjaan petang ini, tinggalkan beban pekerjaan.
Jangan bawa pulang. Beban itu dapat diambil lagi besok.
Apapun beban yang ada di bahu anda hari ini, cuba tinggalkannya sekejap jika boleh. Setelah berehat nanti boleh diambil lagi……
Hidup ini singkat, jadi cubalah menikmatinya!! Perkara terindah dan terbaik di dunia ini tidak dapat dilihat, atau disentuh, tapi hanya dapat dirasakan jauh di dalam hati anda.

p/s:copy dari facebook...

Jumaat, 23 September 2011

ntah la......

Assalamualikum...
kelas sudah bermula..namun perasaan dan juga semangat masig belum pulih daripada cuti 4 bulan aritu.. huhu
sem ni ada banyak perubahan..jika sem lepas, cf tak perlu beli buku tebal-tebal..sekarang ni, Ya Allah.. buku tebal yer.. nak bawa pun tak larat.. sekarang ni, jarang dah balik rumah kalau ada jarak antara kelas.. ialah, bas bukannya ada selalu. ada jadualnya.. selalunya cf duduk di masjid.. menghabiskan masa di sana..
cubalah bayangkan, hari ni (jumaat) cf tak balik rumah pun..gara-gara tiada bas.. hari ni kelas bermula pukul 10 pagi. tapi cf da naik bas pukul 8 pagi... huhu
semua orang lelaki pergi ke masjid, kami duduk di bangku2.. tidak boleh la menghabiskan masa dlam masjid... dan pukul 5.30 petang barulah boleh balik... penat yer la...huhu

duduk di sini, semakin hari rasa semakin sunyi la pula... kami berdua je duduk dalam rumah ni. akak-akak rumah jarang berada di rumah... wayar tv pula rosak... alahai....
henset pon jarang berbunyi... kawan2 semua yer sibuk..

cf rasalah..ramai orang rapat dengan kawan di sekolah berbanding dengan kawan yang baru kenal di universiti..macam pelik jew..huhuhuhu

sudahlah cf merepek panjang2 ni... wawawawa =(



p/s:jiwa sentiasa kacau...huhuhu

Sabtu, 17 September 2011

Gara-gara mahu ke Penang

Assalamualaikum....
Alhamdulillah..akhirnya cik frogy selamat sampai juga ke rumah sewa yang bakal dicintai ini... hehe

ni cik frogy ada cerita yang nak dikongsikan.. malang sungguh nasib cik frogy sejak 2-3 hari ini.. semangat nak pergi ke kelas...tapi kelas batal pula.. sabar jela.. hari khamis lepas, cik frogy berehat di masjid dalam kampus mahu menunggu kelas pukul 3 petang dari pukul 12 tengah hari..tup tup... kelas tiada.. kawan cik frogy lupa nak meseg.. dia pon lupa juga nak meseg geng yang sekali menunggu dengan cik frogy.. gara-gara tiada kelas, kami pun menunggu la di tempat bas.. bas lambat lagi nak sampai... bacalah notis2.. kemudian cik frogy nampak satu notis ni.. ada gambar zamarul hisyam (ala pelakon tue...)

cf: hari raya bersama dengan zamarul hisyam... sape dia tu nak beraya2 plak dgn dia...(okie..ni ayat blagak..hahaha...)

kawan 1: eh ni rumah terbuka bsama anak yatim la...kat penang ni

kawan 2: kat penang ke? tak pernah gi jalan2 kat penang..

kawan 1: jom2 kita gi penang... call orang yg handle tu

cf: sungguh kew?? siyes ke nak gi wei..

kawan 1 n 2: siyes la..

alkisahnya.. jadi la kitorang nak pergi hari sabtu ni ke penang..
pagi tadi semangat la bangun pagi pergi ke kampus.. dalam pukul 7.20 am kitorang da naik bas.. dalam bas tu ada kami bertiga jew.. wah, macam vvip da ni
lama jugalah menunggu.. katanya pukul 8.. ni dah pukul 9 masih belum muncul lagi..gara-gara masalah kereta sewa... tup tup akhirnya pukul 10 juga lah baru nak bertolak ke penang..
sepanjang perjalanan tu, hanya Allah yang tahu.. takut yela kami kat belakang ni... budak yang drive tu bawak 130 km/h.. main lintas2 lori besar.. kereta uzur ye lagi... mati di beberapa traffic light... sesat la.. kena u-turn la.. geng yang lain sesat la... bla bla bla....

akhirnya sampai juga di dewan tu walaupun dah lewat. tengok2, macam biasa jew.. kenapa makan kat luar jew.. mana yer vvip...
anak-anak yatim pun tak sampai 20 orang...
kemudian cik frogy ambil pemplat dan bagi kat kawan.. tetiba dia terkejut..
pelancaran produk **** serta jamuan raya...
aik.... musykil.. bila pula ada pelancaran produk ni.. lepas da siap makan...kena masuk dewan..
rupa-rupanya ada ceramah...

aik....... untuk kali kedua
rupa-rupanya ceramah MLM..
adoi terkena..terkena...
zamarul hisyam pula adalah dutanya... adoi2x..
tipah tertipu lagi.........

kami da malas da nak layan semua benda ni.. dengar jela.. hati nak balik jew..
kemudian sesi ceramah bersama zamarul hisyam dan juga sesi bergambar.. waktu bergambar tu, kami dah malas nak layan da.. sakit hati sangat....
kami pun keluar, konon-konon nak pergi tandas.. dekat tandas mula la masing2 lepaskan geram.. ini la..itu la...

argh panjang yer nak tulis lagi..tapi biarlah............... kalau rasa nak sambung..cik frogy sambung la.. penat la menahan mata dlam kereta tadi.. lagi pun baru sampai pukul 8.40 pm tadi..

to zamarul hisyam...
kami tak marah anda.. anda ok jew.. minta maafla..tadi sy ada niat nak sengkang kaki awak bila awak lalu depan saya... hahaha.... (bukan awak jew, semua yang lalu depan saya... hehe)




p/s: ni adalah post merepek...hahahahaha... ketika masih ada lagi saki baki bengang dan juga sakit hati...

Ahad, 11 September 2011

kembali belajar

Assalamualaikum....
mungkin masih belum terlambat untuk cik frogy mengucapkan SELAMAT HARI RAYA.. MAAF ZAHIR DAN BATIN... hehe.. tidak mengapa..kita kan masih di dalam bulan syawal ni...

Akhirnya cuti 4 bulan kepada pelajar2 degree berakhir juga...huhu
tamatlah sudah kisah dongeng kita selama 4 bulan ni... bagi yang macam cik frogy, membesarkan badan di rumah... kini tiba masanya untuk kuruskan badan di alam pembelajaran yang padat dengan kelas dan assignment yang mennati-nanti... (moga-moga turunlah berat badan yang berlebihan ni..hehehe)



cik frogy sudah selamat sampai di bumi Arautralia... atau nama singkatannya ialah Arau... sem ni, cik frogy kena duduk di luar.. alhamdulillah...rumah sewa cik frogy boleh la dikatakan mewah bagi student... semua ada.. mesin basuh sampai dua... tapi tak tahulah boleh berfungsi ke tidak.. nantilah cik frogy cuba.. semalam kawan cik frogy cuba nak pasang tv, tapi plug yer rosak pula.. kesimpulannya, terpaksalah cik frogy tengok tv tanpa siarannya...hehehe... gelap-gelita.....

sekarang ni cik frogy kenalah berjimat-cermat dalam menggunakan eletrik dan air.. yela, baru sekarang cik frogy kena bayar sendiri bil2 semua... huhu... kalau terlebih guna, kuranglah duit bulanan cik frogy untuk benda lain pula....

barang dah siap kemas separuh.. tunggu lagi separuh barang yang bakal di angkut dari rumah kawan... terasa menyesal la pula bawa barang banyak2... tak tahu mana nak letak pula...

mulai dari saat ni, cik frogy knalah tanamkan azam dan semangat baru untuk meneruskan perjuangan....


p/s: asal ayat macam skema jew ni..mungkin penangan selepas beberapa bulan tak update blog...

Selasa, 2 Ogos 2011

selamat menyambut ramadhan..


tahniah kepada Acu dengan kehadiran baby boy yg comel....

berwaspada sengan tanda-tanda amaran ini...amalkan selalu...